Webinar “Planning And Writing Frgs Grant Proposal”


Sebagai sebuah universiti yang beraspirasi untuk menjadi sebuah universiti yang unggul dan global, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Justeru itu, skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah untuk menggalakkan penyelidikan di kalangan pensyarah. Ianya bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baharu beracuan Malaysia yang menjadi pemangkin kepada penemuan baharu yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif. Oleh itu, amatlah penting untuk para pensyarah mengetahui bagaimana untuk merancang dan menulis proposal untuk FRGS geran.

 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh/Hari : 17 Januari 2022 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengahhari
Peserta : Pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam
Tempat :CiscoWebex
https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=me29b484cb63baef826013aec588859d0

TENTATIF PROGRAM
10.00 pagi – 10.30 pagi : Pengenalan topik dan penceramah
10.30 pagi – 12.30 tengahhari : Topik: Planning And Writing FRGS Grant Proposal
12.30 – 1.00 tengahhari : Sesi soal jawab dan Penutup

Penceramah ialah Prof. Ir Dr. Jamaluddin Mahmud. Beliau merupakan Professor di Fakulti Mekanikal Engineering, UiTM Shah Alam. Beliau mempunyai PhD (Engineering) di Cardiff University, UK, MSc, dalam bidang Manufacturing Engineering di International Islamic University Malaysia, B. Eng (Hons) Mechanical dan Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing) di Universiti Teknologi MARA, Malaysia.