Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Perlis telah berjaya menganjurkan webinar perkongsian panduan mengisi borang etika penyelidikan untuk Sains Sosial UiTM. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 6hb Januari 2023, dalam talian WeBex. Webinar ini bertujuan untuk membantu para pensyarah dan pelajar pascasiswazah mengisi borang kelulusan etika penyelidikan di peringkat negeri. Dengan mengadakan program perkongsian ini, diharapkan para peserta program dapat mengemukakan borang permohonan etika yang lengkap dan menepati kehendak penilai jawatankuasa etika di peringkat fakulti sehingga peringkat negeri agar mudah mendapat kelulusan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Dr. Nadhilah Pisal, pensyarah kanan daripada Akademi Pengajian Bahasa, UiTM cawangan Perlis merupakan penceramah utama untuk program ini. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Seramai 148 orang peserta telah menghadiri webinar ini dan 100% peserta menyatakan program ini memberi manfaat kepada kerjaya masing-masing. Program in telah dijalankan dalam masa 2 jam sahaja dengan dua sesi perkongsian. Sesi pertama ialah perkongsian mengenai proses permohonan etika penyelidikan dan panduan mengisi borang permohonan etika utama yang terdiri daripada borang REC2, REC3, REC4 dan REC5. Sesi kedua, perkongsian kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon bakal didedahkan bagi mengelakkan peserta melakukan kesilapan yang sama. Akhirnya, program ditutup dengan sesi soal jawab peserta bersama penceramah.