Pada tanggal 22 April 2022 (Jumaat) telah berlangsungnya webinar keselamatan siber Bersama Majlis keselamatan Negara (MKN). Webinar ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat “BA232” khususnya yang mengambil kod kursus Information Security Management “ASM655” tentang kepentingan keselamatan siber dari konteks yang berbeza iaitu dari sudut pandangan pemain industri. Program ini juga diharap dapat memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam tentang keselamatan siber dinegara ini.
Objektif Program ini adalah:
Memberikan pendedahan kepada pelajar, berkenaan teknologi-teknologi baru yang berkaitan.
Memberikan ilmu pengetahuan dan hands-on berkenaan teknologi keselamatan siber yang terkini.
Menerapkan kemahiran berfikir secara analitikal kepada para pelajar.
Melahirkan pelajar yang memahami dan mengamalkan kemahiran pengamatan analitikal dalam pelbagai situasi.
Para Pensyarah Information Security Management “ASM655” Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat “BA232” ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana telah membantu berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelajar yang terlibat. Diharapkan program seperti ini dapat dijayakan dimasa akan datang dan memberi manafaat kepada para pelajar yang terlibat.