Webinar: Kepentingan Perancang Keluarga Dalam Hubungan Kesihatan Dan Perkembangan Keluarga.

Program kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam telah mengadakan satu sesi webinar bertajuk “Kepentingan Perancang Keluarga Dalam Hubungan Kesihatan Dan Perkembangan Keluarga” pada 23 Mac 2021(Selasa) bersiaran secara langsung di Page Livestreaming Facebook, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.

Webinar ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai jenis perancang keluarga dan pentingnya kesedaran ini dikongsi dengan komuniti supaya kurangnya stigma negatif mengenai perancang keluarga dan meningkatkan penglibatan komuniti dalam program perancang Keluarga.Webinar ini menampilkan Dr. Rusnani binti Ab Latif yang merupakan pensyarah kanan program kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan, yang mengajar kursus berkenaan Obstetrics and Gynaecology. Beliau mempunyai sijil post basic dalam bidang kebidanan, Diploma in nursing, degree in Nursing (Community), Master in Nursing (Women health) dan PhD in Nursing. Selaku moderator ialah Puan Norasma Binti Bakar, yang juga merupakan seorang Pensyarah program kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan,UiTM Kampus Bertam.

Sesi webinar telah dimulakan dengan pengenalan kepada objektif program perancang Keluarga; meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan keluarga; menyediakan perkhidmatan perancang keluarga dan kaunseling bagi membantu meningkatkan kesihatan dan kebajikan keluarga; menyediakan pendidikan kekeluargaan dan kependudukan melalui Program Perancang Keluarga dan meningkatkan taraf kehidupan dan pengurusan persekitaran yang sesuai. Ianya diikuti dengan jenis-jenis kaedah perancang keluarga iaitu kaedah sementara yang terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) Semulajadi [Azal (Coitus interuptus), Penyususan susu ibu dalam jangkamasa panjang (LAM / lactational amenorrhoea method), Kalendar / masa selamat, Cara mucus / lender],(ii). Hormonal[Pil, Suntikan, Susuk(Norplant Implant)],(iii) Halangan[Kondom (sarung getah), Alat dalam rahim (ADR), Diaphragm (lapik liang rahim)] (iv) Kaedah / Cara Kimia[Krim atau jeli, Buih / foam tablet].

Webinar tersebut telah dihadiri oleh peserta di Platform Cisco Webex dan Live Steaming Facebook. Peserta yang terdiri di kalangan warga akademik UiTM telah memberikan pelbagai input dan maklum balas yang positif. Dengan sokongan warga, pihak program kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam akan terus menganjurkan pelbagai webinar berkaitan dengan kesihatan Wanita. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan wanita dalam perancang keluarga. Ini merupakan salah satu sumbangan yang dapat ahli akademik Fakulti Sains Kesihatan berikan bagi memberi pengetahuan yang mendalam dalam meningkatkan kesihatan wanita selari dengan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Tambahan pula, perkongsian dari pensyarah kepada komuniti terdekat mampu memperkukuhkan lagi hubungan bagi melakukan lebih banyak kerjasama di masa hadapan.