Webinar Antarabangsa (Bersiri) – Albi Naadak, Ya Ramadhan Bersama Yayasan Hayrat Malaysia (Siri 4)

Pada 1 Mei 2022 yang lalu, The Accountancy Club (TAC) dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam (JPI), UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan WEBINAR ANTARABANGSA (BERSIRI) – ALBI NAADAK, YA RAMADHAN bersama Yayasan Hayrat, Malaysia sempena bulan Ramadhan 1443H ini untuk siri yang ke-4.

Siri akhir ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syafiq Md Shafii, Pengarah Eksekutif Yayasan Hayrat Malaysia dengan topik Ramadhan: Raikan Kesyukuran melalui platform Google Meet dan Youtube TAC UiTMCSH di pautan https://youtu.be/6k0-YLvFOMI.

Berbaki sehari dua lagi sebelum Aidifitri disambut bagi tahun 1443 Hijrah, Ustaz Mohd Syafiq berkongsi tentang bagaimana untuk meraikan kesyukuran akan nikmat-nikmat yang telah diperolehi daripada Allah SWT di sepanjang kehidupan manusia.

Terima kasih diucapkan kepada lebih 1,000 penonton di Youtube TAC UiTMCSH. Di kesempatan ini juga, The Accountancy Club ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin. Teruskan menyokong dan mengikuti program daripada kami.

“Akauntansi Kontemporari, Pemacu Transformasi”