Global Surveyors’ Day (GSD) 2019

Persatuan Pelajar Geomatik (GEOMASS) dari Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, FSPU, UiTM Malaysia akan mengadakan Program Global Surveyors’ Day (GSD) 2019 di Foyer Menara Sultan Abdul Aziz Shah UiTM Shah Alam pada 21 Mac 2019. Program yang akan dihadiri oleh ramai pelajar ukur dan jurukukur tempatan ini bertujuan untuk meraikan jasa warga jurukur tanah seluruh dunia dalam pembangunan negara dan global. Selain itu, program ini mampu mempromosikan bidang kerjaya sains ukur geomatik kepada warga kampus dan orang ramai.

This image has an empty alt attribute

Program yang mendapat kerjasama penuh daripada Royal Institute Surveyor Malaysia (RISM) dan International Federation of Surveyors (FIG) ini dijangka dirasmikan oleh Dekan FSPU, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah dengan diiringi oleh pengurusan tertinggi Fakulti. Pelbagai aktiviti yang menarik akan disajikan seperti hari terbuka geomatik, pameran daripada pelbagai agensi, ceramah profesional, forum, derma darah dan persembahan drone/UAV.

Forum berkaitan “Flat earth?” dan gimik drone yang dikendalikan oleh profesional ukur dan pelajar GEOMASS mampu menarik perhatian pengujung menghadiri program ini. Justeru itu, Ketua Pusat Pengajian, Sr Dr. Eran Sadek Said Md Sadek mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke program ini untuk mengenali lebih dekat kemajuan dan masa depan bidang geospatial dan geomatik di Malaysia.

0
0