Waqaf Komputer UiTM

📣📣 WAQAF KOMPUTER UiTM
Sumbangan Untuk Pelajar UiTM B40 terpilih.

Seperti sedia maklum, ramai di kalangan pelajar kita khususnya pelajar B40 yang terkesan dengan situasi pandemik Covid19 di mana memiliki komputer adalah keperluan kritikal pelajar dalam mendepani pengajaran dan pembelajaran secara Open & Distance Learning (ODL).

Sehubungan dengan itu, Jabatan Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII), UiTM telah melancarkan Program Waqaf Komputer Pelajar UiTM B40 terpilih bagi meringankan beban pelajar kita. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu anak bangsa kita supaya tidak ketinggalan dan sedikit sebanyak merebut pahala yang akan berterusan selagi mana komputer yang disumbangkan masih digunakan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui link berikut:
https://bit.ly/waqafkomputeruitmb40

Resit pengecualian cukai akan diberikan sebaik sahaja muat turun dibuat selepas proses bayaran selesai.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui emel/whatsapp/telegram berikut:

Emel:  waqafkomputer@uitm.edu.my
WhatsApp:  https://bit.ly/waqafkomputeruitmb40WA
Telegram:  https://t.me/WAQAFKOMPUTERUiTMB40