KOTA KINABALU, 27 Februari 2023 – Pejabat Rektor dan Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah telah melaksanakan Program Walkabout Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Sabah di sekitar kampus. Program yang berlangsung selama satu hari bermula dari Menara Wibawa sehingga ke Kolej Mabul UITM Cawangan Sabah (20 PTJ). Program ini bermula jam 9.00 pagi dan disertai oleh ahli JKEN UiTM Cawangan Sabah yang diketui oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof. Madya Dr. Hj Abdul Kadir Hj Rosline.
Turut hadir adalah Dr Firdausi Suffian, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akademik, Datin Dr. Rafidah Salleh, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik Samsuddin Mohd Amin, Timbalan Bendahari, Encik Mohamad Hasimi Abdullah, Timbalan Pendaftar, Encik ND Ahmad Nurazi Derun, Jurutera dan beberapa Ketua Bahagian/Unit dan wakil PTJ. Program Walkabout ini memberi peluang kepada Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah untuk beramah mesra dan bertukar idea bersama Warga UiTM Cawangan Sabah.
Selain penglibatan bersama warga dan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah, program ini bertujuan melihat ruang dan prasarana pengajaran & pembelajaran bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan memberi keselesaan kepada warga UiTM Cawangan Sabah khususnya para pelajar yang mengikuti pengajian di dalam kampus. Program ini juga membantu UiTM Cawangan Sabah memperkasakan peranan dan tanggungjawab pengurusan kanan, pentadbir dan warga, membentuk kebersamaan dan memupuk budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan matlamat universiti.