Puncak Alam, 12 Jun 2024 – Panitia Pembinaan Landskap, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok (SMPKVM), Kedah telah menganjurkan satu berkunjung khas ke Pengajian Senibina Landskap (PSL), Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Ini bagi tujuan lawatan penanda aras mereka dan salah satu program eksplorasi landskap yang telah direncana. Seramai 15 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring telah hadir dalam lawatan tersebut. Kehadiran mereka disambut oleh Ketua Bidang, Pengajian Senibina Landskap, Prof. Madya LAr. Ts. Dr. Nurhayati Abdul Malek bersama-sama pensyarah pengajian tersebut.
Lawatan ini bertujuan sebagai pendedahan kepada pihak SMPKVM perihal program yang ditawarkan di KAB termasuklah kemudahan yang disediakan buat pelajar sepanjang pengajian mereka. Selain itu, perkongsian maklumat kepada para pelajar SMPKVM yang akan melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di kemudian hari. Hasil perkongsian maklumat ini membuatkan para pelajar teruja dengan program yang ditawarkan. Ini juga sebagai satu promosi buat para pelajar walaupun mereka tergolong dalam golongan kurang upaya. Namun semangat mereka sama seperti anak-anak yang lain. Selain itu, membuka mata pihak luar tentang keberadaan program seni bina landskap yang ditawarkan di KAB UiTM yang bakal menyambut ulang tahun ke-30 tahun pada 2025.
Seterusnya, para pelajar dan guru SMPKVM telah didedahkan dengan hasil kerja para pelajar Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap. Keterujaan pelajar dan guru SMPKVM dapat dilihat apabila mereka kagum dengan hasil pameran yang ditunjukkan semasa sesi lawatan tersebut. Ini dapat memberikan cambahan idea terutamanya kepada para guru dalam merencana modul pembelajaran bagi pelajar mereka kelak. Mereka juga dapat memahami proses pembelajaran, tahap penilaian dan kualiti hasil kerja yang dipamerkan semasa lawatan ini. Kemudian, mereka dibawa pula ke bengkel kayu, bengkel konkrit dan bengkel 3D model yang terdapat di KAB bagi memperlihat fasiliti dan kemudahan yang disediakan. Selain itu, terdapat juga sesi demonstrasi oleh En. Mohd Ridzwan Mohd Yusoff tentang pencetakan tiga dimensi menggunakan mesin khas bagi menghasilkan cenderahati. Para guru teruja dengan kemajuan teknologi yang diaplikasikan di KAB ini. Hasilnya, kemajuan teknologi ini dapat membantu mempercepatkan proses penghasilan produk dengan lebih efektif dan efisyen. Ini juga dapat mempromosi kecanggihan teknologi tersebut untuk diaplikasikan di SMPKVM kelak.
Lawatan ini memperlihat kebaikan yang sangat signifikan kepada PSL khususnya dan KAB secara amnya. Ia menampakkan visibiliti PSL ke arah yang lebih tinggi. Ia juga merupakan satu mekanisme promosi Bidang Senibina Landskap terhadap dunia luar khususnya kepada para pelajar sekolah. Lawatan ini juga dapat memberi input yang bermanfaat kepada panitia sekolah agar kelebihan serta kemudahan yang tersedia di KAB dapat diimplementasi di sekolah tersebut.