Permatang Pauh, 26 Ogos 2024 – Bengkel pemasaran digital yang bertemakan “Usahawan Kecil, Impak besar: Kuasa Pemasaran Digital” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bertam pada 10 Ogos 2024. Bengkel ini telah disertai oleh 17 peserta yang terdiri daripada usahawan kecil dan pelajar menengah atas yang mengambil aliran perdagangan.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif khidmat tanggung jawab sosial kemasyarakatan Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama agensi luar iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bertam serta Jabatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat terutamanya di kawasan luar bandar.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk setempat, khususnya usahawan kecil agar dapat mempraktiskan pemasaran digital melalui media social seperti aplikasi Tiktok, Shopee dan Canva untuk bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitf dan berkembang. Di dalam bengkel, para peserta didedahkan mengenai kepentingan kaedah pemasaran digital dalam menguruskan perniagaan secara lebih efektif dan efisyen bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat global bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Penulis bersama: Siti Nur Fathini Muhsain, Mohd Sukor MD Yusoff, Nor Hidayah Harun