Up Close & Personal With Awang Damit : Beri Peluang Siswa Timba Ilmu Bersama Ikon Seni

 

PETALING JAYA – Acara Bual Bicara bersama Awang Damit Ahmad sempena acara Malay, Straits Chinese Antiques & Fine Art Auction telah diadakan di Oasis Village, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya pada 19 April yang lalu.  Lebih dari 100 orang peserta yang terdiri daripada orang awam serta siswa-siswi Universiti Teknologi MARA Shah Alam dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah mengambil peluang menyertai acara yang dikenali sebagai Up Close & Personal with Awang Damit anjuran bersama Masterpiece Art Auction Malaysia dan LifeScape.

0
0