University Social Responsibility (USR) Pelajar MBA UiTM Pulau Pinang

Rombongan kumpulan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA ke Bandar Lampung Indonesia telah dimurnikan dengan sumbangan USR kepada Institut Agama Islam Negeri METRO, Lampung. Sumbangan telah disampaikan oleh Rektor Prof Madya Ts Dr Mohd Hisbany Mohd Hashim kepada Rektor IAIN METRO Prof Dr Hajah Enizar M. Ag.

Sejumlah RM300 telah didermakan kepada tabung pendidikan pelajar miskin di IAIN Metro Lampung. Kunjungan mempromosikan program Pasca UiTM Pulau Pinang telah juga disertai Prof Madya Dr Nor Aziyah Bakhari, Timbalan Rektor PJIMA, Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain, Penolong Rektor Kampus Bertam, En Muhd Salleh Hussin TPK, Dr Samsudin Wahab Koordinator Unit Pascasiswazah, 3 pelajar MBA serta 2 pelajar FPHP.

1
0