Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Anjur Pertandingan Badminton 3 Penjuru

23 NOVEMBER 2021 (SELASA) KOTA SAMARAHAN: Unit Polis Bantuan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Pertandingan Badminton 3 Penjuru antara UiTM Cawangan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Polis Diraja Malaysia Bahagian Kuching pada 22 November 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Jubli, Kampus Samarahan, UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dengan badan beruniform. Selain menerapkan minat dan kecenderungan semua peserta untuk berdaya saing dalam kegiatan sukan dan riadah, program ini juga mampu membentuk satu budaya masyarakat yang berkualiti cergas dan sihat.

Program ini telah disempurnakan oleh Puan Umaira Othman Koya, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Sarawak. Semoga berjaya kepada para peserta yang bakal berentap merebut kemenangan dalam pertandingan ini.