Unit Ladang UiTM Cawangan Sarawak Anjur Program Pilih Dan Petik: Pelbagai Salad

KOTA SAMARAHAN: Unit Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program “Pilih Dan Petik” pada 9 Mac 2021 bertempat di Blok N, Unit Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Program ini yang mana merupakan cetusan Rektor UiTM Sarawak, Prof. Dato Dr. Jamil Hj. Hamali telah memberi peluang penyertaan kepada semua staf UiTM Sarawak untuk merasai sendiri pengalaman untuk memlilih dan memetik hasil tanaman sayuran bernilai tinggi yang diusahakan Unit Pengurusan Ladang.

3 jenis sayuran jenis salad ditanam di Ladang Kampus Samarahan secara Hidroponik iaitu Green Coral Lettuce, Looseleaf Lettuce dan Butterhead Lettuce.

Program telah mendapat sambutan meriah dari staf Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2 yang masing-masing tidak mahu melepas peluang merasai sayur-sayuran segar yang ditanam di Unit Pengurusan Ladang.