Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Penyumbang Berita Paling Aktif untuk UiTM NewsHub

Puan Atikawati (UiTM Cawangan Sarawak) menerima penghargaan daripada PNC InQKA yang merupakan penyumbang berita UiTM News Hub paling aktif

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Sarawak telah menerima penghargaan dari Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) sebagai Penyumbang Berita Paling Aktif untuk UiTM NewsHub. UiTM News Hub merupakan platform hebahan berita dan acara rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana semua UiTM cawangan menghantar berita mengenai acara yang berlaku di kampus cawangan.

Majlis penghargaan tersebut telah berlangsung pada 3 Julai 2019 di InQKA dan penghargaan tersebut telah diterima oleh Penolong Pendatar Kanan Bahagian Pengurusan Tadbir Urus, Pentadbiran dan Korporat, Puan Atikawati Ahmad Razali.

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Sarawak mengalu-alukan kerjasama seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak untuk menyampaikan berita untuk dikongsi dengan kampus cawangan yang lain. Terima kasih atas anugerah yang telah diberikan!

0
0