Unit Kebudayaan UiTM umum pemenang program Cabaran Bakat Dalam Talian

KOTA SAMARAHAN: Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Sarawak buat julung kalinya telah menganjurkan pertandingan Cabaran Bakat dalam talian yang telah bermula pada 24 Jun 2020 dan berakhir pada 30 November 2020 yang lalu. Antara lain objektif penganjurannya adalah untuk menyokong kepelbagaian seni persembahan yang sedia ada, menyokong aspirasi seni budaya sebagai cabang pendidikan, memartabatkan seni budaya dalam kalangan siswa dan siswi serta mewujudkan konsep pertandingan seni secara dalam talian. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM Cawangan Sarawak.

Beberapa kategori telah dipertandingkan antaranya kategori nyanyian, tarian, penciptaan puisi, deklamasi puisi, penulisan skrip drama pentas dan permainan alat muzik. Pengumuman pemenang telah dibuat baru-baru ini oleh Unit Kebudayaan Cawangan Sarawak untuk program Cabaran Bakat dalam Talian. Berikut disenaraikan pemenang bagi setiap kategori:

A. KATEGORI PENCIPTAAN PUISI:
– Johan : Nurul Fitri Fatin binti Ronei (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan)
– Naib Johan : Fabian Rossi anak Enchana (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka)
– Tempat Ketiga: Nur Fazlin Zafirah binti Zaine (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan)

B. KATEGORI DEKLAMASI PUISI:
– Johan : Muhammad Al Hakim bin Iezara (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka)
– Naib Johan : Nabila Huda binti Nazli (Fakulti Sains Gunaan)
– Tempat Ketiga: Syafiqah binti Bukeri (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan)

C. KATEGORI TARIAN:
– Johan : Eva Merara Kennedy (Fakulti kejuruteraan Awam)
– Naib Johan : Tiffany Tammy anak Peta (Fakulti Seni Bina dan Seni Reka)
– Tempat Ketiga: Crystal Nicole Tunung Jame Reeves (Fakulti sains Komputer dan Matematik)

D. KATEGORI NYANYIAN:
– Johan : Irfan Fathi bin Zul Faqar (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi)
– Naib Johan : Ezra Shanner anak Abeng (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)
– Tempat Ketiga: Miguel Warren anak Mathew (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)

E. KATEGORI PENULISAN SKRIP DRAMA PENTAS:
– Johan : Aina Natasha binti Poniyo (Fakulti Sains Kesihatan)
– Naib Johan : Mohamad Edry bin Mohd Ermi (Fakulti Perakuanan)
– Tempat Ketiga: Nurul Farhana binti Abd Rashid (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan)

F. KATEGORI PERMAINAN ALAT MUZIK:
– Johan : Nurul Hasinaz binti Ahmad (Fakulti Perakaunan)
– Naib Johan : Ernest Vanemann Amut anak Leonard (Fakulti Sains Pentadbiran dan
Pengajian Polisi)
– Tempat Ketiga: Ezra Shanner anak Abeng (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)

Seramai 56 orang pelajar telah menyertai program ini. Kategori nyanyian telah mendapat sambutan yang paling menggalakkan dengan 22 penyertaan. Program Cabaran Bakat dalam Talian ini merupakan satu lembaran baharu dalam menyerlahkan bakat pelajar semasa berdepan dengan pandemik Covid-19. Hal ini jelas membuktikan bahawa tiada halangan dan kekangan untuk para pelajar dalam mengetengahkan bakat walaupun dunia sedang berhadapan dengan pandemik ini.