Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Samarahan anjur Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal

Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Samarahan anjur Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal

Kota Samarahan, 12 Disember 2019 – Pada 6 dan 7 Disember 2019 yang lepas, Unit Hal Ehwal Islam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan telah mengadakan Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal UiTM Sarawak. Seramai 25 orang pelajar UiTM serta 5 orang staf UiTM Sarawak telah menyertai kursus tersebut.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagi peningkatan ilmu untuk menjadi imam dalam solat fardhu serta muazzim. Para peserta juga akan dipilih untuk menjadi imam dan bilal di kedua-dua kampus iaitu di Kampus UiTM Samarahan dan UiTM Samarahan 2. Para penceramah pula terdiri daripada Pegawai Jabatan Agama Islam Jais Sarawak serta Ketua Unit Hal Ehwal Islam UiTM Sarawak iaitu Ustaz Muhammad Ilyas bin Muhamad Saleh.

Foto menarik:

Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Samarahan anjur Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Samarahan anjur Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Samarahan anjur Kursus Pengkaderan Imam dan Bilal

0
0