Shah Alam – Seramai 14 pegawai muda dan 338 pegawai kadet PALAPES UiTM yang terdiri daripada cawangan UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Melaka, UiTM Dungun dan UiTM Arau telah terlibat dengan perlaksanaan Ujian Jalan Laju (UJL) 8 KM di sekitar kawasan UiTM Shah Alam pada 27 Januari 2020.
Ujian ini bertujuan untuk mengekalkan serta mempertingkatkan kecergasan mental, fizikal serta mengeratkan semangat setiakawan setiap anggota yang terlibat. Selain itu, ujian ini juga bertujuan menguji tahap siap siaga anggota menghadapi sebarang kejutan tempur serta menguji tahap daya perintah dan kawalan ketua di sepanjang perlaksanaan ujian.
Seperti biasa, ujian ini dimulai dengan penyampaian taklimat oleh jurulatih yang bertugas. Setiap anggota yang terlibat telah berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah berjaya melepasi had masa ujian yang telah ditetapkan. Ujian ini berakhir sekitar jam 1.00 pagi.
Oleh: Lt M Muhammad Hizal bin Saiful