Occupational Therapy Student Association, Fakulti Sains Kesihatan sesis 2019/ 2020 (OTSA, FSK) telah menjayakan sebuah program dalam talian iaitu Ujian atau Hikmah? 2.0: Pengendalian Kanan- kanak Berkeperluan Khas Dalam Isu Seksualiti yang diadakan pada 19 Disember 2020. Program ini diadakan bagi meyambung kesinambungan program Ujian atau Hikmah yang pernah diadakan pada tahun sebelumnya dan program ini juga telah dikategorikan sebagai program bertaraf antaranbangsa kerana penglibatan pelajar Pemulihan Cara Kerja dari Universitas Indonesia. Kehadiran Puan Najihah binti Shuib selaku penceramah bagi program, yang merupakan guru pendidikan khas dan sekarang menyambung pengajiannya dalam bidang pendidikan seksualiti telah memberi informasi dan impak yang besar terhadap program ini.
Program telah dihadiri seramai 121 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam, ibu bapa, guru- guru, pensyarah dan wakil pelajar dari Universitas Indonesia. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan informasi kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya dapat menghadapi segala situasi dengan tenang dan boleh mempraktikkan segala ilmu yang bakal mereka terima terutama dalam isu seksualiti. Selain itu, pelajar- pelajar juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan bagaimana cara untuk mengatasi masalah kanak kanak istimewa apabila mereka sudah dewasa atau bekerja nanti. Melalui program ini, masyarakat sekeliling akan lebih peka betapa pentingnya pendidikan seksualiti terhadap kanak- kanak, terutama kanak- kanak berkeperluan khas dan ia juga dapat mengelakkan kanak- kanak tersebut daripada menjadi mangsa rogol atau penderaan seksual.
Selain itu, program ini telah diadakan melalui platfrom Google Meets dan Microsoft Teams berikutan keadaan semasa yang tidak mengizinkan kita untuk bersua secara bersemuka. Google Meets dan Microsoft Teams telah digunakan bagi memuatkan para VIP, ahli jawatankuasa program serta 121 orang peserta untuk majlis pada kali ini. Program ini bermula dengan pendaftaran para pelajar UiTM Kampus Puncak Alam ke Microsoft Teams dan pendaftaran peserta seperti ibu bapa, guru-guru, pensyarah dan wakil pelajar Indonesia, serta pernyertaan VIP dilakukan ke dalam Google Meets yang disediakan oleh ahli jawatankuasa program. Majlis diteruskan dengan ucapan dari pengarah program dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Penasihat 2 Persatuan Pemulihan Cara Kerja (OTSA) Sesi 2019/ 2020, UiTM Kampus Puncak Alam iaitu En Herwan bin Sarom, yang seterusnya merasmikan program ini.
Pengisian program ini diteruskan dengan slot perkongsian bersama penceramah, Puan Najihah binti Shuib yang bertajuk “ Pengendalian Kanak- Kanak Berkeperluan Khas Dalam Isu Seksualiti”. Pengalaman dan ilmu yang dikongsikan bersama perserta adalah sangat berinformasi dan menarik. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi soal jawab dan sesi ini berlangsung selama 30 minit. Sesi soal jawab telah berlangsung dimana peserta boleh mengajukan persoalan kepada penceramah berkaitan tajuk tersebut. Setelah selesai sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama semua peserta yang hadir. Dengan berakhirnya, sesi bergambar, maka berakhirlah program ini dan program ini diakhiri dengan jayanya atas kerjasama semua pihak.