UiTM tuan rumah Sukanun 2019

Wakil-wakil daripada badan berkanun selepas majlis undian rasmi Karnival Sukanun 2019 di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 12 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjadi tuan rumah Karnival Sukan Badan Berkanun (Sukanun) dari 19 hingga 26 Julai ini.

Pegawai Pusat Sukan UiTM, Zamri Abd. Kahar berkata, kejohanan dwitahunan anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia itu akan diadakan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini, Klang dan Subang Jaya.

“Sebanyak 63 agensi kerajaan yang menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia akan bertanding dalam 23 acara sukan.

“Sukanun 2019 melibatkan penyertaan 5,357 atlet dan pegawai, 300 sukarelawan dan 400 pegawai teknikal,” katanya selepas majlis undian rasmi Karnival Sukanun 2019 di sini, baru-baru ini.

Sukanun 2019 turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – UTUSAN ONLINE

Oleh: Abdul Razak Idris
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/selangor/uitm-tuan-rumah-sukanun-2019-1.899460

0
0