UiTM Seri Iskandar Jayakan Program “KEKAL CHILLBITE” Bagi Perkukuh Kerjasama Dalam Kelestarian

SERI ISKANDAR, 7 Jun 2024 – Program “KEKAL CHILLBITE” anjuran Kelab Kampus Lestari (KEKAL) UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar telah berlangsung pada 7 Jun 2024. Program yang dijalankan di UiTM Seri Iskandar sekitar jam 4 petang sehingga 6 petang ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli jawatankuasa KEKAL yang baharu bersama para penasihat melalui aktiviti yang mendapat kelulusan.

 

Program ini diikuti oleh 14 orang ahli jawatankuasa KEKAL yang terdiri daripada pelajar terpilih dari Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) dan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM Seri Iskandar. Program ini turut dipantau oleh 2 orang Pensyarah Kampus Seri Iskandar sebagai Penasihat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membawa bekas makanan dan minuman sendiri, yang dapat menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bekas plastik dan styrofoam. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk kesedaran dan pendidikan ilmu dalam memelihara alam sekitar di kalangan peserta.

Menurut penganjur, objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat berkolaborasi dan bersinergi di antara ahli jawatankuasa KEKAL, serta menekankan budaya hidup sihat dan kesedaran terhadap alam sekitar. Program ini diharapkan dapat meningkatkan budaya persaudaraan dan tanggungjawab, di mana setiap ahli memainkan peranan penting dalam memacu perubahan positif untuk diterapkan kepada seluruh pelajar dan warga UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar ke arah kelestarian alam sekitar.

Program seterusnya oleh KEKAL adalah “REPLAS TUESDAY” yang akan menekankan kelestarian alam sekitar berkaitan dengan kitar semula.Setiap program yang dianjurkan oleh KEKAL memenuhi PI135 iaitu keceriaan kampus, P107 adalah 3R project & Campaign (Physical Campaign) dan PI108 berkaitan dengan Reduce Plastic & Paper Usage.