UiTM sasar pelajar sekolah rendah untuk cegah demam denggi dari akar umbi

Pihak penganjur UiTM bersama pihak SK USJ 2.

SUBANG JAYA – Program School Attack Aedes Awareness Day 2019 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) USJ 2 di Subang Jaya ini mendedahkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai kaedah terbaik mendekati komuniti didahului dengan pelajar sekolah untuk tujuan menyampaikan pembangunan modul permainan yang berkaitan dengan penyakit bawaan vektor iaitu demam denggi.

Program tersebut berbentuk ‘Community Engagement Programme’ disertai oleh seramai 26 orang mahasiswa Semester 2, Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Pendekatan program adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai nyamuk aedes, denggi sekali gus mendorong para pelajar untuk mempraktikkan cara untuk mengatasinya.

Objektif program adalah untuk memberi dorongan serta membuka minda pelajar di sekolah agar sentiasa menjaga persekitaran bermula dari bangku sekolah bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnyaā€¯ agar dapat diasah dan diamalkan sehingga ke alam dewasa demi mengurangkan kes gejala demam denggi yang kian berleluasa.

Antara permainan Journey To Eliminate Dengue yang diadakan untuk pelajar SK USJ 2.

Program ini melibatkan seramai 314 orang pelajar SK USJ 2.

Pengarah program, pelajar tahun pertama, Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran, Mohammad Shahrul Noor Azman berkata, program ini mampu memberi minat kepada para pelajar sekolah.

“Dengan adanya permainan yang dibangunkan berasaskan informasi tentang gejala penyakit demam denggi sekali gus dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah bahawa mereka perlu mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit bawaan vektor,” katanya.

Menurut Penasihat Program AAD 2019, Pensyarah Kanan UiTM Puncak Alam, Dr Nazri Che Dom, berharap agar program tersebut akan memberi impak yang besar dan berpanjangan terhadap sekolah tersebut sekali gus dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.

Antara permainan yang didirikan oleh pelajar UiTM adalah Destroying Dengue Block, Mosqohana, Attach Your Knowledge, Mozzie Dizzy Spin dan Journey To Eliminate Dengue.

Oleh: Amirah Iffah Farzana Bakran
Sumber: https://kampusuols.com/article/429006/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/UiTM-sasar-pelajar-sekolah-rendah-untuk-cegah-demam-denggi-dari-akar-umbi

0
0