UiTM Sarawak Wujudkan Bilik Eksplorasi Pencetus Minda Matematik Di SK Pinang, Kota Samarahan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak  di bawah Jabatan Sains Matematik telah membuat satu inisiatif dengan mewujudkan bilik Eksplorasi Pencetus Minda Matematik bagi membantu murid-murid di SK Pinang, Kota Samarahan untuk mempelajari matematik  dengan suasana yang lebih kondusif  selaras dengan perlaksanaan STEM di Malaysia.

Bilik Ekplorasi Matematik atau nama asalnya adalah “Maths Lab” merupakan sebuah bilik darjah kosong di SK Pinang yang telah diubahsuai menjadi sebuah bilik pembelajaran matematik yang dilengkapi dengan pelbagai alat bantuan mengajar dan permainan matematik.

Projek yang telah bermula pada awal tahun 2018 ini mengambil masa pengubahsuaian secara berperingkat dengan bantuan daripada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Sarawak daripada Kelab Prismatics.

Secara keseluruhannya, sumber kewangan dalam pengubahsuaian Bilik Eksplorasi Matematik ini telah dibantu sepenuhnya daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan telah dijayakan oleh pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Sains Matematik, UiTM Cawangan Sarawak.

Bilik Ekplorasi Matematik ini telah siap sepenuhnya baru-baru ini dan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Sarawak iaitu Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohammadin.

Diharapkan dengan adanya Bilik Ekplorasi Matematik ini, murid-murid di SK Pinang dapat meningkatkan lagi minat dalam mempelajari matematik dan seterusnya membantu guru-guru dan sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi subjek tersebut.

Foto berkaitan:

1
0