UiTM Sarawak Tuan Rumah Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) Online 2020

Pandemic Covid-19 bukan sahaja telah memberikan kesan kepada sektor kesihatan, malahan turut memberikan tempias kepada perancangan masyarakatdi seluruh dunia. Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) buat julung kalinya di adakan secara atas talian dimana Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Konferensi ini secara maya (online) pada1 Disember 2020 (Selasa). KAIB Online ini melibatkan kerjasama antara UiTM Cawangan Sarawak, Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Universitas Mulawarman Samarinda (UNMUL), Universiti TeknologiMARA (UiTM) Cawangan Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU-SB), Institut Agama Islam Negeri(IAIN) Pontianak dan jabatan kerajaan yang lain seperti Majlis Islam Sarawak (MIS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Persatuan Ulama Indonesia dan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam. Majlis perasmian ringkas secara maya telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak, YBhg Prof. Dato Dr Jamil Haji Hamali.

KAIB Online ini telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bertemakan “INDUSTRI HALAL DUNIA: PELUANG DAN CABARAN SELEPAS PANDEMIK COVID-19”, menampilkan seramai lapan(8) orang pembentang yang terdiri dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, China, Australia, Taiwan dan Sepanyol.

Antara pembentang yang terlibat seperti DatoNadzim Johan (Pengerusi PPIM Malaysia), PG Dr Hajah Nor Khairiah Binti PG Hj Hashim (Timbalan Pengarah, Halal Tayibban Research Centre Sultan Sharif Ali Islamic University, Brunei), Dr Muhammad M. Khan (CEO, Halal Australia), Dr. Irene Lin (Director of R&D, Chappion Biotechnology Co. Ltd. Taiwan), SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @Aziz bin Hj Jaafar (Mufti, NegeriSabah), Dr Maisyarah Rahmi (Pensyarah, Fakulti Shariah, IAIN Samarinda, Indonesia), Dr Hajja Barbara Ruiz-Bejarano (Director of International Relations Halal Institute, Spain) dan Prof. Zhang Xufeng (Dean of Graduate School Beijing Wuzi University, China).

KAIB Online 2020 ini diadakan secara percuma dan para peserta boleh mengikuti perjalanan sidang ini secara terus menerus diatas talian dengan menggunakan platform ZOOM. Peserta adalah terdiri dari ahli akademik, pihak industri, jabatan kerajaan danswasta, pendakwah, ajk masjid, orang perseorangan dan pelajar. Konferensi ini bukan sahaja bertujuan untuk mengumpulkan bahan, karya dan kajian ilmiah yang berkaitan perkembangan Islam, sosio budaya, ekonomi dan politik di kepulauan di Borneo malahan ianya amat penting sebagai platform diskusi tentang perkara yang berkaitan dengan perkembangan halal serta isu lain yang berkaitan dengan Islam bukan hanya di Borneo, malahan di seluruh dunia.

KAIB Online ini juga bertujuan untuk mempromosikan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) ke 13, yang akan diadakan pada tahun hadapan (2021) di Sarawak. Semoga dengan adanya KAIB Online ini, mampu menarik minat lebih ramai peserta untuk menyertai KAIB 13 tahun hadapan.

0
0