UiTM Sarawak Terima Geran RM100,000 untuk Tubuh Taska Tempat Kerja Awam

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang diwakili oleh Rektor YBhg. Prof. Dato Dr Jamil Haji Hamali telah menerima geran berjumlah RM100,000 untuk penubuhan TASKA Tempat Kerja Awam bertempat di Dewan Rejang Hospital Sibu Jumaat lepas 12 Julai 2019.

Geran tersebut adalah daripada RM10 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2019 dan melalui peruntukan tersebut, sejumlah 66 pusat jagaan harian atau Taska untuk sektor awam boleh ditubuhkan.

Di Sarawak, Taska di tempat kerja disediakan di empat agensi kerajaan iaitu Hospital Sibu, Jabatan Penjara Limbang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak di Kuching. Geran telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Hannah Yeoh.

0
0