UiTM Sarawak Johan Pertandingan Terrarium sempena APOC 13

UiTM Cawangan Sarawak Johan Pertandingan Terrarium sempena APOC 13

Kota Samarahan, 7 Ogos 2019 (Rabu) : Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak baru-baru ini telah berjaya merangkul Johan Kategori IPT bagi pertandingan Terrarium Orkid sempena 13th Asia Pacific Orchid Conference 2019 (APOC 13) yang telah berlangsung pada 24-28 Julai 2019 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Konferensi peringkat antarabangsa ini bertemakan “Cultural Exchange Through Orchid” merupakan anjuran Kerajaan Negeri Sarawak, APOC Trust dan Dewan Bandaraya Kuching Utara dimana Pertandingan Terrarium Orkid ini merupakan salah satu aktiviti utama APOC 113.

Pertandingan ini telah disertai oleh 15 buah IPT  dan UiTM Sarawak telah menghantar satu pasukan bagi menyertai pertandingan. Pasukan UiTM Sarawak  diketuai oleh Prof Madya Dr Hasmah Mohidin (Penolong Rektor Kampus Samarahan 2) dan dibantu oleh Encik Marzuki Jamilah (Unit Korporat ) dan Puan Azreena Kadir (Bahagian HEA).

Foto kejayaan UiTM Cawangan Sarawak:

1
0