UiTM Sarawak jalin kerjasama dengan Universidad Granada, Sepanyol

UiTM Sarawak jalin kerjasama dengan Universidad Granada, Sepanyol

Kota Samarahan, 12 Disember 2019 – Universidad Granada dengan bangganya menerima kunjungan hormat rombongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Profesor Dato Dr Jamil Hamali, bersama 6 lagi anggota rombongan pada 12 Disember 2019 bertempat di Faculty of Philosophy & Literature, Universidad Granada, Sepanyol.

UiTM Sarawak jalin kerjasama dengan Universidad Granada, Sepanyol

Pihak Universidad Granada diketuai oleh Maria Angeles Navarro (Profesor penuh di Jabatan Pengajian Semitik) bersama dengan Elana Arigita (Penasihat Wilayah Program Eramus KA107 bagi Mesir, Iran dan Lubnan, dan Profesor di Jabatan Pengajian Semitik), dan Dr Juan Antonio Macias (Pengarah, Jabatan Pengajian Semitik).

Hasil kunjungan hormat ini telah memuafakatkan ikatan hubungan kerjasama antara dua universiti dalam bidang-bidang akademik seperti teknologi makanan halal, pengajian bahasa Arab dan bidang-bidang lain yang relevan. Aktiviti kerjasama yang boleh dilaksanakan adalah program mobiliti pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik.

0
0