UiTM Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) anjur Kursus Pensijilan Halal

Institut Wakaf dan Penyelidikan Halal (IWaH) UiTM Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dalam penganjuran Training for Halal Certification (Kursus Pensijilan Halal) siri ke-3

KOTA SAMARAHAN, 24 JULAI 2019 (RABU) : Institut Wakaf dan Penyelidikan Halal (IWaH) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Training for Halal Certification (Kursus Pensijilan Halal) siri ke-3 bagi tahun 2019 berempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.Kursus selama 10 hari ini telah bermula pada 15 Julai 2019 dan berakhir pada 24 Julai 2019.

Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah  untuk melahirkan lebih ramai Halal Executive yang bertauliah bagi memastikn produk yang dipasarkan adlaha mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Pihak JAIS telah menghantar dua orang tenaga pakar bersama-sama dua orang pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Sarawak yang di Iktiraf oleh JAKIM untuk mengendalikan kursus ini.

Seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus selama 10 hari ini dimana 5 peserta merupakan peserta daripada pihak Industri Makanan Negeri Sarawak dan 3 orang pelajar dari UiTM Shah Alam dan selebihnya merupakan peserta luar. Penganjuran seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Foto berkaitan:

0
0