UiTM Run 2017

Kategori Larian:
3km / 5km / 10km

UiTM Run 2017 akan diadakan pada 2 Disember 2017 di Pusat Pelajar, UiTM Cawangan Sarawak, . Penganjuran UiTM Run 2017 ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak universiti akan isu komuniti Malaysia secara am, dan komuniti yang berada di sekitar Kuching & Samarahan khususnya mengenai masalah kesihatan dan obesiti.

Dengan penganjuran UiTM Run 2017, ianya diharap dapat memberi satu impak kepada masyarakat mengenai pembudayaan gaya hidup sihat dan mengatasi masalah obesiti dengan bergiat dalam sukan dan aktiviti riadah di luar rumah.

Objektif utama UiTM Run 2017 adalah untuk mengumpul dana bagi Tabung Seri Kenyalang dan memberi sumbangan kepada warga Rumah Sri Kenangan.

Orang awam digalakkan untuk membuat pendaftar awal secara atas talian di https://goo.gl/forms/11C3A1YPi3dvyowp2 Borang penyertaan juga boleh didapati di kedua-dua kampus UiTM di Kota Samarahan atau di kedai Brooks di Green Height Mall.

Virtual Run juga boleh dilakukan di link di atas.

 

Untuk keterangan lanjut, orang awam bolehlah menghubungi (WhatsApp) En. Zakey 013-8122973 atau Pn. Aima 014-8923086.

0
0