UiTM Pulau Pinang Rangkul Johan IPT Terbaik New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) 2019 Peringkat Pulau Pinang

Pada 7 Ogos 2019 bertempat di Dewan Besar UITM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan Majlis Taklimat MyAgrosis Dan New Breed Marketing Entrepreneur (NBME)  serta Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Agrobazaar Online Challenge 2019 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Majlis dimulakan dengan taklimat MyAgrosis disampaikan oleh En. Junaidi bin Raziqin, Timbalan Pengarah (Pembangunan) FAMA Negeri Pulau Pinang diikuti dengan taklimat Agrobazaar Online serta projek NBME yang disampaikan oleh En. Mohd Faril Mushawwir Zulamran, Penolong Pengarah Bahagian Pemasaran Online FAMA Ibu Pejabat.

Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Agrobazaar Online Challenge 2019 yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Nor Hairi Harun, Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Online FAMA.

Beberapa kategori dipertandingkan seperti kategori Video terbaik produk usahawan NBME, kategori usahawan New Breed Marketing Entrepreneur, kategori ahli New Breed Marketing Entrepreneur dan kategori Institusi Pengajian Tinggi

Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang telah membolot tempat pertama sehingga ketiga dan 2 hadiah saguhati bagi kategori Ahli New Breed Marketing Entrepreneur dan seterusnya melayakkan UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk dinobatkan sebagai Johan IPT Terbaik New Breed Marketing Entrepreneur 2019 Peringkat Pulau Pinang.

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan syabas kepada barisan mentor yang diketuai oleh Puan Nurul Hayani binti Abdul Rahman, Puan Suria Binti Sulaiman, Puan Balqis Binti Mohd Shariff dan Encik Rashid Salleh yang tidak jemu memberikan semangat dan tunjuk ajar kepada pelajar.

1
0