UiTM Pulau Pinang Naib Johan untuk ‘PETRON Road Safety Program’

UiTM Pulau Pinang Naib Johan untuk 'PETRON Road Safety Program'

Sintok, 10 Disember 2019 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah muncul sebagai Naib Johan bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam ‘PETRON Road Safety Program’ dengan pungutan mata kedua tertinggi sebanyak 205,710 mata.

Pertandingan ini telah bermula pada 12 November 2019 sehingga 8 Disember 2019 anjuran bersama syarikat minyak PETRON, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain yang berkaitan.

UiTM Pulau Pinang Naib Johan untuk 'PETRON Road Safety Program'

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. En. Lokman Hani, Ketua Safety, Security, Health & Environment (SSHE) PETRON, YBrs. En. Mohd Nasri Ishak, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) dan YBhg. Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mua’zam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darul Aman.

Hadiah telah disampaikan kepada YBrs. Ts. Dr. Mohd Rozaiman Aziz, Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) selaku wakil kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang.

UiTM Pulau Pinang Naib Johan untuk 'PETRON Road Safety Program'

1
0