UiTM Pulau Pinang jadi Tuan Rumah untuk Program Peers National Gathering 2019

UiTM Pulau Pinang jadi Tuan Rumah untuk Program Peers National Gathering 2019

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang baru- baru ini menjadi tuan rumah bagi Program Peers National Gathering 2019 yang menghimpunkan seluruh ahli Persatuan Peers Counselor dari seluruh Malaysia di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini berlangsung selama 4 hari bermula daripada 28 November sehingga 1 Disember 2019 dan disertai oleh 236 ahli Persatuan Peers Counselor seluruh Malaysia daripada 22 kampus UiTM Semalaysia.

Program ini adalah bertujuan sebagai salah satu pendekatan yang telah berkesan dalam menjalinkan hubungan baik antara ahli-ahli Persatuan Peers Counselor,  UiTM Cawangan Pulau Pinang dan UiTM seluruh Malaysia.

UiTM Pulau Pinang jadi Tuan Rumah untuk Program Peers National Gathering 2019

Pengarah Program, Muhammad Zulhusmi, 23, berkata program ini merupakan satu detik bersejarah kerana dapat menghimpunkan semua wakil ahli Persatuan Peers Counselor di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

“Saya berasa bersyukur kerana dapat menjayakan program peringkat kebangsaan ini dimana program ini dibantu oleh Penasihat saya Puan Fazlni dan En. Zulkhairi dan juga kumpulan saya iaitu ahli Persatuan Peers Counselor Pulau Pinang. Mereka merupakan tulang belakang dalam menjayakan program ini. Saya juga berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan Peers yang terdiri daripada pelbagai kampus. Melalui program ini juga, kami dapat berkongsi pandangan dan saling berkenalan antara satu sama lain, “katanya.

UiTM Pulau Pinang jadi Tuan Rumah untuk Program Peers National Gathering 2019

Program seperti ini dapat menyediakan berisan kepimpinan Peers UiTM Seluruh Malaysia, yang boleh menyumbang kepasa pembangunan dan keperluan masyarakat melalui perkongsian dan perbincangan berkaitan perlaksanaan program dan aktiviti.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 4hari 3 malam ini iaitu Sesi Ramah Mesra, Aktiviti Fasilitor dan motivasi di sekolah, Aktivti Eksplorace sekitar Bandar Georgetown Pulau Pinang, Benchmarking Program, dan Majlis Anugerah Inspirasi Peers 2019.

1
0