UiTM Perluas Jaringan Penyelidikan Bersama Syarikat Meltio, Sepanyol

20 July 2022- Delegasi UiTM melawat Syarikat Meltio SL, di Sepanyol, diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman. Pertemuan dan perbincangan antara delegasi UiTM dan syarikat ini membawa kepada termeterai non-disclosure agreement (NDA) bersama Syarikat Meltio SL, Linares, untuk berkolaborasi dalam penyelidikan.

Syarikat Meltio SL diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Ángel Llavero López de Villalta dan Dr Antonio Antonaya, Pengurus Jualan berpangkalan di Linares, Spain.

Turut serta dalam delegasi UiTM adalah:

Profesor Dr Nooritawati Md Tahir – Pengarah Neksus Penyelidikan (ReNeU)
Profesor Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar – Pengarah Global Strategic Partnership
Profesor Ir. Ts. Dr.-Ing. Yupiter Harangan Prasada Manurung – Pengarah SMRI
Dr Mohd Shahriman Adenan – Ketua Unit SMRI

Perbincangan tertumpu kepada usahasama Syarikat Meltio SL, Spain dan UiTM bagi mendapatkan Dana Penyelidikan Padanan antarabangsa Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2022 di bawah inisiatif MyPAiR kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI).

Antara hasil Perbincangan adalah berkenaan hala tuju UiTM sebagai pusat penyelidikan dan hub latihan kepakaran dalam bidang Multi-Metal 3D Printing Solution.

Di penghujung perbincangan, telah berlangsung Sesi menandatangani Surat Niat (Letter of Intent) dengan syarikat Meltio yang merupakan peneraju bidang Directed Energy Deposition Additive Manufacturing (DED-AM) di Eropah. Surat ini ditandatangani bagi permohonan MySIP 2022.

Semoga usaha ini akan membuahkan hasil dan membawa penyelidikan dan inovasi UiTM ke tahap yang lebih tinggi dan global.

#UiTM
#keluargaUiTM
#TNCPIUiTM
#bevisible