UiTM Perak sambut meriah Majlis Hari Raya Aidilfitri 2019

Riang Raya 2019-Sambutan Hari Raya UiTM Cawangan Perak

Bertemakan Riang Raya, Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diadakan dengan penuh meriah berkonsepkan “Melayu Islamik” .

Majlis dimulakan dengan aktiviti bersalaman sesama warga kampus diiringi paluan kompang oleh staf Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti serta sketsa dan bacaan Al-Quran. Pentas utama majlis diberi nama “Teratak Fasiliti” menjadi daya tarikan utama semua staf.

Semangat kerjasama staf bahagian berkenaan menghasilkan dekorasi yang menggunakan bahan terpakai patut dicontohi.

Majlis ini turut melancarkan Sambutan Bulan Inovasi 2019 yang akan dilaksanakan pada bulan September ini dan Majlis Persaraan menghargai staf-staf bersara dan bersara pilihan.

Sebanyak 13 gerai makanan terdiri daripada bahagian, fakulti dan unit membawakan menu masing-masing disamping menobatkan 5 hadiah utama bagi Anugerah Gerai Tercantik.

Kira-kira 500 kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di kampus universiti itu di Seri Iskandar, Perak baru-baru ini

Turut hadir ialah Rektor UiTM Perak, Prof. Madya Md. Yusof Hamid.

Foto menarik sekitar majlis Aidilfitri di UiTM Cawangan Perak:

Rektor UiTM Perak, Prof. Madya Md. Yusof Hamid
Di sekitar Majlis Hari Raya di UiTM Cawangan Perak
0
0