UiTM pemenang untuk Emerald’s Highest Usage Award Worldwide

Majlis penyampaian anugerah High Usage Award Worldwide 2018 (Journal) dan High Usage Award Worldwide 2018 (Book) kepada Naib Canselor UiTM

3 Julai 2019 – Majlis penyampaian anugerah High Usage Award Worldwide 2018 (Journal) dan High Usage Award Worldwide 2018 (Book) bertempat di bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Encik Elvin Cheah (Business Manager) dan Puan Rozita Nordin (Marketing Manager) dari Emerald Publishing kepada YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM bersama En Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM dan barisan pengurusan kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam

Universiti Teknologi MARA sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang buat kali ke-lapan berturut-turut untuk Emerald High Usage Award Worldwide mengatasi 19 buah universiti lain dari seluruh dunia.

UiTM berjaya menjadi institusi yang terbanyak membuat muat turun teks penuh dalam pangkalan data atas talian (PDAT) Emerald pada tahun 2018 dengan jumlah muat turun sebanyak 892,836 artikel.

Selain itu, buat pertama kalinya UiTM Berjaya mendapat High Usage Worldwide Ranked No 2 with 18,048 chapters downloaded in 2018 bagi penggunaan eBook oleh Emerald Publishing.  Penganugerahan ini diberikan bermula tahun 2017.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Perpustakaan UiTM bagi memastikan penggunaan yang maksimum terhadap pangkalan data atas talian dan eBook yang terdapat di laman  web Perpustakaan http://ebook.library.uitm.edu.my atau melalui laman web  https://mykm.uitm.edu.my/

https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/07/majlis-penyampaian-anugerah-emeralds.html

1
0