UiTM Pahang Tingkatkan Sokongan Inklusif Melalui Program Kesedaran Pelajar Neurodivergen

Raub, 3 Januari 2025 – Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik, dan Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menganjurkan program perkongsian bertajuk
"Creating an Inclusive Classroom: Understanding & Supporting Neurodivergent Student sebagai usaha memperkasakan pendekatan inklusif dalam pembelajaran di institusi pengajian
tinggi.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 300 (DK300) dari jam 3:00 hingga 5:00 petang ini berjaya mencapai objektif di bawah Petunjuk Prestasi (PI039), iaitu menyumbang kepada
kesejahteraan emosi menerusi perkongsian ilmu dan pengalaman. Inisiatif ini dirangka khusus untuk memperkukuh pengetahuan warga kampus, terutamanya pensyarah, dalam memahami serta menyokong pelajar neurodivergen, termasuk mereka yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD). Langkah ini selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan laluan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Objektif utama program adalah memberi pendedahan tentang ciri-ciri dan karakteristik pelajar neurodivergen serta memperkenalkan pendekatan komunikasi yang berkesan dalam memenuhi
keperluan unik golongan ini. Penceramah jemputan, Muhammad Nurhariz bin Mohd Fauzi, Ketua Jurulatih dari Bridging Hope, berkongsi kepakarannya dalam pendidikan khas. Program ini memberikan manfaat besar kepada pensyarah dalam meningkatkan kesejahteraan emosi serta memperbaiki kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebuah institusi yang komited terhadap nilai inklusif, inisiatif ini menyokong matlamat UiTM untuk menjadi universiti yang mesra dan menyeluruh kepada semua lapisan pelajar.