UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah anjur program Green Campaign E-Waste

Ceramah mengenai sisa elektrik dan sisa elektronik, Noor Aini Mohd Nor.

KUALA PILAH – Sejajar dengan objektif Dasar Alam Sekitar Negara, satu Program “Green Campaign E-Waste” dengan kerjasama di antara Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta SWM Negeri Sembilan telah diadakan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Program “Green Campaign E-Waste” adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada warga kampus dan komuniti berhampiran Beting mengenai kepentingan untuk mengitar semua barangan elektronik, di samping dapat menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam sekitar.

Program ini juga dapat memberi peluang kepada warga kampus dan komuniti berhampiran Beting, untuk mendaftar sebagai rakan alam sekitar yang dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Negeri Sembilan.

Kata Eksekutil Kanan Komunikasi Korporat SMW Enviroment Sdn Bhd, Daniel Sahrill Abdul Hadi, pihak SWM telah mempromosikan aplikasi kitar semula yang dinamakan sebagai KITAR3cycle.

Penerangan dan Pendaftaran Aplikasi KITAR3 Cycle

“Aplikasi ini akan memberikan nilai tambah kepada kaedah kitar semula di samping mempromosikan budaya pengasingan Sisa Pepejal.

“Justeru dapat memelihara alam sekitar di kalangan penduduk setempat. Melalui program ini juga individu berpeluang mengumpul ganjaran mata kitar semula (RP) bagi menebus e-wallet dan bank transfer”, katanya.

Pada program ini juga pihak SWM telah membuka ruang pameran mereka serta mengajak warga kampus membuat pendaftaran melalui aplikasi KITAR3cyle.

Ceramah pengurusan barangan kitar semula serta penerangan Aplikasi KITAR3cycle Eksekutif SWM, Daniel Sahrill Abdul Hadi.

Setelah mendaftar, SWM akan menyerahkan pelekat kod bar untuk dilekatkan pada barangan yang ingin dikitar semula.

Pihak JSKM berharap agar warga kampus mendapat pengetahuan berkaitan pengurusan barangan E-Waste kerana barangan elektrik dan elektronik diperbuat daripada komponen berbahaya yang tidak terurai seperti plumbum, kadmium dan raksa boleh membahayakan kesihatan dan mencemar alam sekitar.

Oleh: Masilah Mohamad (UiTM Cawangan Negeri Sembilan)
Sumber: https://kampusuols.com/article/428699/U-In-News/MLK-N.9/UiTM-Negeri-Sembilan-Kampus-Kuala-Pilah-anjur-program-Green-Campaign-E-Waste

0
0