UiTM Kopivosian Kinoikatan (K2) – Program Pengenalan Staf Baharu (Pentadbiran) UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU – Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Program UiTM Kopivosian Kinoikatan (K2) – Program Pengenalan Staf Baharu (Pentadbiran) UiTM Cawangan Sabah pada 11 – 12 April 2022 bertempat di Dewan Tun Mustapha Bangunan Ujana Sarjana, UiTM Cawangan Sabah. Program pengenalan kepada staf baharu ini dihadiri 25 orang staf baharu yang melapor diri dari tahun 2020 – 2022 di UiTM Cawangan Sabah.

Program K2 dimulakan dengna taklimat pengenalan dari Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Sabah, Encik Mohamad Hasimi Abdullah dan diikuti dengan Ketua-Ketua Bahagian di UiTM Cawangan Sabah. Taklimat dari Ketua Bahagian adalah berkaitan Pengenalan Bahagian/Unit, Perkhidmatan yang disediakan, dan Informasi berkenaan Bahagian/Unit.

Program pengenalan kepada staf baharu ini turut memberi perincian maklumat dan tatacara berkenaan pengurusan hal ehwal UiTM, pengurusan perkhidmatan dan peraturan berkuat kuasa bagi staf baharu di UiTM Cawangan Sabah bagi membantu staf meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Melalui dapatan laporan Kaji selidik program K2, para peserta amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan mmemberi nilai tambah dan motivasi kepada staf baru untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pemegang taruh dan melonjak nama UiTM ke persada global.