UiTM Kampus Kuala Pilah memperolehi pingat di Kejuaraan Silat PESAKA Negeri Sembilan 2019

Syabas diucapkan kepada barisan pesilat yang merupakan pelajar-pelajar daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan, kampus Kuala Pilah daripada Persatuan Silat Gayung Fatani kerana telah memenangi 2 pingat emas daripada acara Ganda dan Seni.

MEreka juga turut memenangi 2 pingat perak daripada acara Tunggal dan Olahraga dan 2 pingat gangsa daripada acara Olahraga di Kejuaraan Silat PESAKA Negeri Sembilan 2009 pada 1-3 mac 2019 bertempat di Dewan MSN Seremban 2, Negeri Sembilan.

Ucapan penghargaan ditujukan kepada pihak pengurusan HEP yang diketuai oleh Trek HEP iaitu En Mohd Zulhilmi Mohd Yunus di atas sokongan padu terhadap penyertaan para pesilat pada kali ini. Semoga kejayaan yang lebih gemilang akan diperolehi pada masa akan datang.

0
0