UiTM Juara Futsal IPT Grand Finale 2015

Pasukan futsal lelaki Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi juara Fustal IPT 2015 setelah berjaya menewaskan pasukan Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dengan jaringan dua tanpa balas. Ketua jurulatih UiTM, Muhammad Syaifullah Norhizan sudah lama mengimpikan kemenangan ini dan berjaya merealisasikannya pada edisi 2015 ini.

Strategi pasukan UiTM untuk bermain dengan lebih agresif walaupun ada seketikanya agak longgar di barisan pertahanan telah berjaya menyerap segala asakan pasukan UIAM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain pasukan Futsal Lelaki UiTM!

0
0