UiTM Jengka Terima Anugerah Persijilan Blue Ribbon Beyond

16 November 2018 – UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah diakui sebagai Kampus Bebas Asap Tembakau kerana telah melaksanakan 100% persekitaran bebas asap rokok. Mereka juga telah menerima Anugerah Persijilan Blue Ribbon Beyond

Mantan Rektor YBhg Prof Dr Mohd Nazip Suratman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi amat menggalakkan kempen ini dan ianya yang dilaksanakan oleh Unit Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Perubatan Kanan Dr Nazila Marjan.

Anugerah ini telah diterima oleh YBrs Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik  UiTM Cawangan Pahang Prof Madya Dr Azhan Hashim yang telah disampaikan oleh YB Dato Sri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

UiTM Kampus Jengka amat berbangga di atas penganugerahan ini dan akan memastikan warga UiTM turut menyokong kempen Blue Ribbon ini.

 

0
0