UiTM di Tangga ke-119 Antara Universiti ASIA Untuk 2020

Shah Alam, 27 Nov — Penarafan QS Asia University Ranking telah menyenaraikan 557 universiti daripada  17 buah negara di Asia termasuklah 29 buah universiti di Malaysia dalam penarafan Universiti Asia 2020. Keputusan QS Asia University Ranking yang diumumkan ketika persidangan QS APPLE 2019 yang diadakan di Fukuoka, Jepun menyaksikan National University of Singapore (NUS) mengekalkan kedudukan sebagai universiti terbaik Asia dengan diikuti oleh Nanyang University of Technology (NTU) dan University of Hong Kong (UHK) pada kedudukan kedua dan ketiga. Universiti Malaya (UM) kekal mengungguli tangga pertama universiti terbaik di Malaysia diikuti oleh Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia manakala UiTM berada pada kedudukan kesembilan, di Malaysia.

UiTM telah memperbaiki kedudukan dengan peningkatan sebanyak 18 anak tangga ke kedudukan 119 berbanding 137 pada tahun sebelumnya bagi penarafan universiti Asia 2020. UiTM berjaya memperbaiki kedudukan dalam lima (5) daripada 11 petunjuk yang diukur dalam penarafan Asia ini.

Reputasi majikan kekal menjadi kekuatan utama UiTM apabila berada pada kedudukan ke-53 di peringkat Asia bagi tahun 2020. Pencapaian ini membuktikan bahawa graduan UiTM masih menjadi pilihan utama para majikan di Malaysia, manakala pencapaian menerusi jaringan penyelidikan antarabangsa pula mencatatkan kedudukan ke-68 di peringkat Asia.

Reputasi akademik turut menunjukkan peningkatan iaitu pada tangga ke-90 berbanding pada tangga ke-97 bagi tahun sebelumnya, di samping mobiliti pelajar yang juga menunjukkan peningkatan sebanyak 132 anak tangga apabila tersenarai pada kedudukan ke-141 pada tahun ini.

Penambahbaikan kedudukan UiTM dalam lima (5) petunjuk tersebut merupakan hasil usaha warga dan pengurusan universiti dalam mengerakkan strategi serta inisiatif yang berkaitan petunjuk universiti berprestasi tinggi. Menurut YBhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM, antara ciri-ciri yang perlu ada dalam kalangan ketua-ketua jabatan dan warga kerja bagi sesebuah organisasi ialah penetapan sasaran dan hala tuju, komitmen serta dedikasi yang diberikan dalam pasukan. Beliau ketika ditemui di persidangan QS APPLE 2019 di Fukuoka, Jepun, menegaskan, universiti akan terus mengorak langkah  dalam merangka dan melaksanakan strategi bagi memastikan kedudukan UiTM di kalangan 100 universiti terbaik Asia menjelang tahun 2025 tercapai. Antaranya adalah dengan memfokuskan kepada pendidikan dan penyelidikan translational yang memberi impak kepada pembangunan komuniti dan masyarakat global.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

UiTM is #119 AMONG ASIAN UNIVERSITIES for 2020

UiTM now stands at 119th spot in the QS Asia University Rankings 2020. The results were announced at the QS APPLE 2019 conference held in Fukuoka, Japan recently.

UiTM improved its rankings by moving up 18 places to 119th from 137th the previous year. A total of 557 universities from 17 Asian countries were evaluated by QS to determine the rankings of Asian Universities for 2020. The rankings were measured in eleven indicators which saw UiTM improving its position in five of them.

The employer’s reputation remains UiTM’s strongest position at 53rd in Asia. This proves that UiTM graduates still hold a place in the heart of employers in Malaysia. The international research network is the university’s second major strength, which ranks at 68th in Asia. Meanwhile, academic reputation improved to 90th place compared to 97th last year. In addition, student mobility indicator showed an increase of 132 steps to be at 141st spot this year.

The improvement in these five (5) indicators is a result of the synergised efforts of UiTM staff, students and management in developing, aligning and implementing strategies and initiatives towards achieving high performing university status. According to the Vice-Chancellor of UiTM, YBhg. Emeritus Prof. Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, amongst must-have characteristics of leaders and staff are the ability to set clear goals and targets plus the ability of being a team player when required. The Vice-Chancellor emphasised that the university would continue to work on strategising and implementing the right initiatives to ensure UiTM’s position in the top 100 Asian universities by 2025. Among the core focus areas are on education and translational research that are impactful to the local and global community.

**********************************

Mengenai UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah universiti awam dengan pusat pentadbirannya di Kampus Utama Shah Alam, Selangor. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1956 dengan tujuan utama untuk mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang. Semenjak dari itu, ia telah berkembang pesat dan sehingga ke hari ini UiTM adalah sebuah universiti yang terbesar di Malaysia dari segi infrastruktur fizikal, gagasan staf (pentadbiran, sokongan dan akademik) dan jumlah enrolmen pelajar. Maklumat lanjut http://www.uitm.edu.my/

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat UiTM Shah Alam, 03-55442102, Koordinator Perhubungan Media UiTM, Firdaus Abd Hanan 03-55442066/012-2048507 (firdaus.hanan@salam.uitm.edu.my)

1
0