UiTM dalam Program Korban bersama Rakan Strategik Bank Rakyat

Shah Alam, 2 Julai 2024 – Sejumlah 10 ekor lembu dan 14 ekor kambing telah dikorbankan sempena Program Korban Bank Rakyat – UiTM.pada tahun ini. Pelaksanaan program ini merupakan kesinambungan daripada Memorandum of Agreement (MOA) yang telah dimeterai antara Bank Rakyat dan UiTM baru-baru ini.

Satu majlis ringkas telah diadakan di Masjid UiTM Shah Alam, bagi menyampaikan daging korban kepada penerima yang terpilih dalam kalangan warga. Bank Rakyat juga telah berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM 25,000 kepada UiTM sebagai salah satu pelaksanaan tanggungjawab sosial dan komuniti. Cek sumbangan telah Ketua Bank Rakyat Wilayah Selangor, Encik Mazlan Mohamad.

Program Korban Bank Rakyat – UiTM kali ini memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang melalui sebahagian daging korban yang diproses sebagai Retort Food seterusnya diagihkan kepada mahasiswa. Turut serta dalam program kerjasama ini, UiTM Cawangan Kedah, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dan Bank Rakyat Cawangan Vista Alam.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Prof. Dr. Amer Syakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), Haji Hanafi Haji Hamdani, Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam serta tetamu jemputan yang lain.