Puncak Alam, 8 Mei 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) berbesar hati menerima kunjungan ‘Lawatan Penanda Aras Pascasarjana dan Fakultas Tarbiyah Dan Keguruan Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati Bandung’. Kumpulan delegasi telah dibawa melawat Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Puncak Alam dan Fakulti Pendidikan.
Mewakili Rektor UCS, YBrs. Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) dan barisan pengurusan UCS hadir menyantuni 57 orang tetamu dalam sesi lawatan itu. Lawatan ini bertujuan untuk 1) Melihat pelaksanaan tadbir urus UCS secara menyeluruh, 2) Mempelajari proses pengurusan geran penyelidikan UCS, 3) Membuat lawatan ke Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (CoE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Fakulti Pendidikan, UCS serta 4) membuat jaringan kolaborasi antarabangsa bagi tujuan akreditasi program akademik.
Penanda aras yang digunakan terhadap UCS ini memberikan pemantauan yang teliti terhadap prestasi staf dan organisasi secara keseluruhan serta memberikan peluang untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi yang lebih berimpak tinggi. Melalui cadangan inisiatif MoU/MoA, kebaikan kedua universiti (UCS dan UIN Sunan Gunung Djati Bandung) dapat dieratkan.
Delegasi UIN Sunan Gunung Djati, Bandung yakin bahawa amalan-amalan terbaik yang diperoleh dari UiTM Cawangan Selangor dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam organisasi mereka. Lawatan kerja ini telah dijayakan hasil kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Inovasi bersama Unit Komunikasi Korporat, BPSM, Fasiliti, Bahagian Infostruktur, Pejabata Polis Bantuan, Fakulti Pendidikan, AURINS dan PTAR.