11 Oktober 2024 – Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid telah berjaya menganjurkan Program UCS Berselawat 2.0 & Mass Gathering yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang pelajar bersempena Sambutan Maulidur Rasul 2024. Program yang diadakan di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam ini bertujuan memupuk dan meningkatkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW di setiap saat dan masa. Dengan penglibatan para pelajar yang ramai mengikuti program ini jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan keterujaan dalam memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti Dan Keusahawanan), yang mewakili Rektor. Kehadiran beliau untuk merasmikan program ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat berharga juga memberikan semangat kecintaan nabi kepada para peserta. Program ini turut dimeriahkan dengan majlis perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Aiman Khair Abdul Rahman, Founder Fast Response Training and Consultancy yang menyentuh hati.
Dengan adanya program seperti ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga UCS. Semoga kebersamaan dalam menjayakan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sekaligus memberi impak positif kepada perkembangan sahsiah para pelajar dan kecemerlangan akademik di UiTM.
Galeri Gambar: