UiTM Cawangan Sarawak Hadiri Perbincangan Dengan Malaysia Productivity Corporation(MPC)

Prof. Dr. Firdaus Abdullah, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, mewakili UiTM Cawangan Sarawak menghadiri sisi perbincangan bersama pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams.

MPC diwakili En. Izani Ishak, Pn. Wan Yusnaini Wan Yaacub serta Hajah Nor Hafizah Mohd Arop, Pn. Nurfazila Zulaihi, Cik. Zuraini Subki, Pn. Khatijah Rahmat dan Pn. Fizalawati Amin mewakili MPC Pejabat Wilayah Sarawak.

Beliau yang juga menjalankan tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Sarawak berkata, ia adalah bagi membincangkan penganjuran Program Pensijilan Pakar Produktiviti di antara pihak MPC Pejabat Wilayah Sarawak yang dijangka diadakan pada 24 November ini bermula jam 10.00 pagi.

Dianggarkan 500 peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran bakal menghadiri program berkenaan. Prof. Dr. Firdaus akan menyampaikan ucapan pembukaan pada program berkenaan.