UiTM Cawangan Sarawak di Majlis Pelancaran “Malaysia Largest Sarawak Themed Mural Maze”

“Malaysia Largest Sarawak Themed Mural Maze” bakal menyaksikan artis daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) membuat lukisan mural sepanjang 181 meter pada 21Januari 2022, Jumaat. Program ini juga disertai oleh Fakulti Seni Lukis & Seni Reka dan UCTC, Pejabat Jaringan Industri Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Lukisan mural bertemakan lima elemen ‘More to Discover’ Sarawak iaitu budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayaan (CANFF) akan dihasilkan untuk dipamerkan pada 21 Mei hingga 4 Jun 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Lukisan Mural ini bakal menjadi lukisan mural terpanjang di Malaysia dan mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil daripada UiTM Cawangan Sarawak iaitu Dr Azlina Bujang, Encik Mohd Razif Rathi, Encik Zaidi Wasli dan Dr Valerie anak Michael turut bersama pelajar daripada Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.