UiTM Cawangan Pahang Tandatangani MoU dengan Rakan Industri Tempatan

UiTM Cawangan Pahang, melalui Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) yang telah memenuhi PI 83: MoU dengan Rakan Industri Tempatan bagi UiTM Cawangan Pahang, Tahun 2021 melalui satu majlis menandatangani MoU dengan syarikat Five M Trading SDN. BHD. pada 11 Mac 2021.

Antara intipati kerjasama yang akan dilaksanakan kedua-pihak ialah, perkongsian kepakaran dan maklumat yang dimiliki kedua-dua pihak bagi manfaat dari kerjasama dua hala ini dari segi akademik dan peningkatan kemahiran.

Semoga kolaborasi dan kerjasama dengan rakan industri tempatan ini dapat memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dan membuka ruang kepada pelbagai inisiatif. Majlis Menandatangani MoU ini telah dilaksanakan secara berasingan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan dan pihak Five M Trading Sdn. Bhd.