Shah Alam, 2 Julai 2024 – Sejumlah 10 ekor lembu dan 14 ekor kambing telah dikorbankan dalam Program Korban Bank Rakyat – UiTM baru-baru ini. Program yang dilaksanakan ini adalah rentetan Memorandum Of Agreement (MOA) yang telah dimeterai antara Bank Rakyat dan Universti Teknologi MARA (UiTM).
Dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh para peserta dan penerima di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbangan RM 25,000 sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan keprihatinan kepada UiTM dan komuniti. Cek sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mazlan bin Mohamad, Ketua Bank Rakyat Wilayah Selangor.
Selain dapat melakukan ibadah korban, para peserta juga dapat bersedekah melalui sebahagian daging korban yang diproses menjadi Retort Food untuk diagihkan kepada mahasiswa. Program ini juga turut disertai Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM dan Bank Rakyat Cawangan Vista Alam.
Turut hadir, Yang Berusaha Prof. Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor Pemerkasaan Adiwangsa, Haji Hanafi Haji Hamdani, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam serta tetamu jemputan yang lain.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.