UiTM anjur kursus pengucapan awam untuk pelajar sekolah

SEBAHAGIAN pelajar UiTM bergambar kenangan selepas program khidmat masyarakat di SMK Tengku Kudin, Raub baru-baru ini.

Sebanyak 50 penuntut daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub menganjurkan program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin, Raub baru-baru ini.

Program yang melibatkan pelajar kursus Kor Pengucapan Awam semester tiga itu bertujuan meningkatkan kemahiran pengucapan.

Katanya, sebanyak 150 pelajar tingkatan tiga dan empat sekolah itu mengikut aktiviti tersebut.

“Kita juga berharap program seperti ini dapat merapatkan silaturahim serta kerjasama baik antara pelajar UiTM dan SMK Tengku Kudin,” katanya.
0
0